Thursday, March 20, 2014

Not same as what im expected

Hai. Assalamualaikum. Keadaan di sini baik baik saja. Apprently situasi kat sini tak sama macam yang aku bayangkan. Ibu selalu pesan. Stay strong.

The things that burden me here is BACA NOTA ! Im an art & design student. Dulu dip. Mana ada teori bagai. Eh. Ada. Sikit. 20% mungkin.

Jadi student art education ni actualy tak susah. Ye. Tak susah mana pun. Nak dibandibgkan dengan course lain. It just me. Manusia yang otaknya tak pernah di setting kan untuk menghafal. "Nak jadi cikgu kena banyak hafal banyak baca ye" kata lecturer kami, Miss Raiha.
Mungkin aku terlalu memikirkan hal menghafal ni dan jadi stress sendiri. Dan semestinya lah semua tak menjadi. So lebih baik aku mula faham kan nota dan hafal insted of dok membebel dan merungut kat sini.

Well, belajar apa pun semua sama. Yang penting niat dan usaha tu. Jangan banyak merungut. Nasihat untuk diri sendiri. Haha. I dont expect much for my pointer here. Sebab. Kena faham. Benda menghafal ni bukan makanan kau ye yana. So, niat study sekarang ni untuk jadi pendidik.

Jangan mudah give up. Sebab kalau kau rasa kau susah, belakang kau ramai lagi yang tongek tebalik nak hadap kesusahan lebih dari kau. Peluang sekali. Cuba sampai mati.

Dan jangan pernah lupa. Doa. Allah bantu. Inshaallah.

:)

Wednesday, February 26, 2014

Selamat jalan

Hari hari terakhir di kluang. Dari pagi sampai sekarang tak bergajak dari bilik. Tipu, tadi ada pegi toilet and makan kejap. Packing tak siap siap. Macam macam bermain dalam minda. Hangpa semua yang student tu surely faham perasaan manusia yang nak pergi study ni kan. Caca marba rasanya nak tinggalkan bilik kesayangan dan paling penting ibu ayah. Sob. Sob. Stay strong liyana.

Ini permulaan aku untuk bergelar seorang cekgu. Kuat kan semangat. Kuat kan tulang tiga kerat ni untuk melangkah ke uitm. Berat. Memang berat rasa hati ni. Tapi demi harapan ibu ayah dan aku, akan ku gagahkan diri ini pergi. Walaupun sakit perit ni melangkaui semua apa yang aku nak lakukan, aku akan sentiasa ingat yang Tuhan sentiasa ada untuk aku, engkau dan semua.

Selama ni Tuhan tentukan hidup aku lancar saje. Habis spm, pergi plkn, then terus dapat politeknik. Masa diploma, alhamdulillah every sem dekan. Ini keajaiban bagi aku sebab sepanjang 3 tahun tu sakit tulang ni banyak kawal emosi aku. Emosi jadi tongang terbalik. Tapi alhamdulillah otak ni senang terima ilmu. Dan graduate with flying colours sebab di beri anugerah khas ketua jabatan. Ini lagi satu keajaiban yang Tuhan bagi. Kau beri sakit. Tapi kau ganti dengan kejayaan. Sikit pun aku tak menyesal dengan sakit ni. Sikit pn tak menyesal :') Habis diploma terus dapat kerja. Interior designer. Lama dah aku impikan kerja ni. Gaji tak seberapa. Tapi alhamdulilah pengalaman tu lebih mahal.

Dan sekarang, tiba masa aku melangkah ke peringkat kehidupan aku yang lebih tinggi. Ingat. Dulu aku senang terima ilmu dan senang terima markah dari pensyarah. Kita tak akan pernah tahu bila masa kita akan jatuh. Aku dah rasa berada di atas. Tak mustahil aku akan ada di bawah. Tak minta. Tapi itu lah lumrah kehidupan. Kena sentiasa berdoa supaya tenang menghadapi masa tersungkur.

Esok. 27 februari 2014.

One step ahead. Chin up. Dan teruskan melangkah :)

Friday, January 31, 2014

UiTM di hatiku?

Assalamualaikum uolls. Tercari cari masa nak menghupdate blog ni. Biasalah dah berkerjaya sementara ni memang banyak kengkangan masa. Iyo lah yana. Padahal terlalu banyak hidup dalam dunia sendiri -_-"

Alhamdulillah. Tanggal 30 Januari 2014 jam 5.00 petang result Sarjana Muda UiTM keluar. Dari pagi sampai petang perut aku seakan akan ada butterfly terbang terbang wei. Rasanya sama macam tunggu result SPM dulu. Cuma kali ni rasa dia extream lebih sikit. Tak sia sia rasa resah gelisah sejak seminggu yang lalu. Dan keputusan nya. Jeng Jeng~




Masa cek result ni tengah goreng cekodok. Tangan kanan sudip, tangan kiri handpong. Punya lah gembira, sampaikan sudip melenting ke lantai. Hamboi. Nampak tak dia punya suka. Aku berdansa di dapur bersama ibu dengan hati yang riang gumbira. Haha. Syukur yang tak terhingga.

Niat nak jadi pendidik memang dah lama ada tersemat dalam hati sejak dari sekolah lagi. Perati je Cikgu Tan, Cikgu Seti, Cikgu Megat, Cikgu Yunus mengajar. Fuhh~ Mula lah berangan angan. Malangnya result SPM macam hampeh dan tak layak ke maktab. Cerita lama uolls. Sekarang dah dapat ni memang tak kan di sia sia kan lah. Sanggup buat apa saja demi impian dan cita-cita. Haha. Ayat nak semangat waja je :p

Now, aku dah boleh berangan lebih nak jadi cikgu. Dan nama blog cekguliyana.blogspot.com ni bukanlah sekadar hayalan dan perasan sendiri. Haha.

Lepas ni aku nak kongsi story masa aku interview pendidikan ni. Havoc gila uolls. Asik kena gelak je. Ok stop. Tak boleh cerita sekarang. Nak buzy kan diri dengan dunia fantasi sekejap.

Nunyte uolls.


Sunday, January 19, 2014

Test sikit

Haha. Terpaksa ku mengetest. Almaklumlah dah lama tak guna blogger ni. Macam macam macam dah berubah.

Kbai.

Friday, January 17, 2014

Hello !

Hamboi. Rasa berhabuk laptop yang usianya dah cecah 4 tahun ni. So, hai semua! Aku bukan Fatin Liyana blogger fofular Honeykoyuki tu. I'm just ordinary person yang kerja nya dok goyang kaki dalam alam fantasi sendiri. Hihik. Aku Liyana atau nama penuh Nurul Liyana. Nama surely lah tak galamour uolls. Tapi aku bersyukur dengan nama aku ni yang bermaksud Cahaya Kelembutan.

Well, dulu aku seorang blogger tegar yang tak fofular. Di mana entry blog lama aku mengenai hidup kanak-kanak remaja yang konon nya havoc. Haha. Nak gelak guling guling bila ingat balik zaman gila blogging dolu-dolu.  Nak tayang sikit header blog lama i. Fewwhh~




Cecomel giteww~


Masa ni bajet nak biar blog ala ala misteri. Podahh!


Bila di ingatkan balik, dari ber blogging ni lah aku dapat banyak ilmu pasal komputer. Kalau tak sekarang ni mungkin aku hanya seorang Liyana yang buta IT atau seorang Liyana yang cuma pandai guna laptop untuk muka buku dan twitter. Bahaha. Kesian. Mujur lah aku hidup zaman kejar glamour guna blog. Padahal tak tercapai pon nak jadi fofular macam kak Fating tu. Haha. 


Close blog lama sebab banyak sangat komitmen lain masa Diploma dulu. Ok. Tanak cerita panjang pasal terkuburnya blog lama. Buka buku baru. Heehee.


Awat tetiba ber blogging balik ni? Siap nama blog cekguliyana bagai. Well, semua tu akan terjawab dalam masa yang terdekat ni. Dan semestinya uollls i rindu nak berblogging macam dulu. Cuma kali ni penulisan yang lebih matang. Matang? hah. Sejak azali diri ini memang seperti bebudak yang tak berapa nak cukup umur, tapi hakikatnya aku sudah pun berusia 22 tahun uolls. 

Kali ni aku akan banyak update blog mengenai benda yang paling aku suka dalam dunia dan sepanjang abad iaitu ART & DESIGN!!! dan semestinya pasal hidup aku yang tak ada apa apa yang menarik ni. 

Introduction kali ni agak panjang. 

So, kakak adik abang sekalian. Have a nice day! wuhooo~