Friday, January 17, 2014

Hello !

Hamboi. Rasa berhabuk laptop yang usianya dah cecah 4 tahun ni. So, hai semua! Aku bukan Fatin Liyana blogger fofular Honeykoyuki tu. I'm just ordinary person yang kerja nya dok goyang kaki dalam alam fantasi sendiri. Hihik. Aku Liyana atau nama penuh Nurul Liyana. Nama surely lah tak galamour uolls. Tapi aku bersyukur dengan nama aku ni yang bermaksud Cahaya Kelembutan.

Well, dulu aku seorang blogger tegar yang tak fofular. Di mana entry blog lama aku mengenai hidup kanak-kanak remaja yang konon nya havoc. Haha. Nak gelak guling guling bila ingat balik zaman gila blogging dolu-dolu.  Nak tayang sikit header blog lama i. Fewwhh~




Cecomel giteww~


Masa ni bajet nak biar blog ala ala misteri. Podahh!


Bila di ingatkan balik, dari ber blogging ni lah aku dapat banyak ilmu pasal komputer. Kalau tak sekarang ni mungkin aku hanya seorang Liyana yang buta IT atau seorang Liyana yang cuma pandai guna laptop untuk muka buku dan twitter. Bahaha. Kesian. Mujur lah aku hidup zaman kejar glamour guna blog. Padahal tak tercapai pon nak jadi fofular macam kak Fating tu. Haha. 


Close blog lama sebab banyak sangat komitmen lain masa Diploma dulu. Ok. Tanak cerita panjang pasal terkuburnya blog lama. Buka buku baru. Heehee.


Awat tetiba ber blogging balik ni? Siap nama blog cekguliyana bagai. Well, semua tu akan terjawab dalam masa yang terdekat ni. Dan semestinya uollls i rindu nak berblogging macam dulu. Cuma kali ni penulisan yang lebih matang. Matang? hah. Sejak azali diri ini memang seperti bebudak yang tak berapa nak cukup umur, tapi hakikatnya aku sudah pun berusia 22 tahun uolls. 

Kali ni aku akan banyak update blog mengenai benda yang paling aku suka dalam dunia dan sepanjang abad iaitu ART & DESIGN!!! dan semestinya pasal hidup aku yang tak ada apa apa yang menarik ni. 

Introduction kali ni agak panjang. 

So, kakak adik abang sekalian. Have a nice day! wuhooo~